Posts

AKU NAK JADI APA SEBENARNYA?

Image
YEAHH.. Dalam   entry yang lepas   aku ada mengadu pasal menyesalnya aku hidup kat matrik. Aku mengomel tentang keputusan sem 1 aku yang aku tak tau bagaimana rupanya. Alhamdulillah ! aku capai target weh! dapat 3 point something (tak sampai pun 3.5). MUET pon dapat Band 3 :)  Mungkin dulu aku terlampau malas sehingga satu tahap aku jadi blur. Mugkin dulu aku tiada usaha untuk memajukan diri aku sehingga satu tahap aku rasa down. bila tiada usaha maka tiadalah kejayaan. sebanyak tu uasah kita sebanyak tu la yang kita dapat. sem lepas, minggu depan exam minggu ni baru study. that's why result pon ciput.  okay. berbalik kepada topik asal. aku sekarang dalam proses mengisi borang upu. baru kelmarin pergi beli nombor pin upu kat BSN Kulim. Masalah yang aku hadapi sekarang ialah taktau nak pilih kos apa. yang aku minat setakat ni just 2 kos je. teknologi makmal dengan teknologi makanan. haritu p jumpa kaunselor buat ujian kerjaya tp macam tak berkesan langsung ...

Half of Semester 2

Image
Assalamualaikum..   whoahh! sedar tak sedar lagi bulan aku nak habis matrik. Rasa macam baru semalam daftar. WELL, next week dah nak exam. UPS2 aka Ujian Pertengahan Semester 2. Agak gementar la walaupun just UPS je. Sumbang 10% untuk final tu weiii!. rugi kalau tak grab. dah la carry marks untuk sem 2 ni hancuss lebuss.. Tapi okay la sbb kalau sem 1 dulu tutorial n past year maths sume aku copy paste kawan punye. Cikgu maths aku panggil 'ZEROQ'. HAHAHA. sem 2 ni dah tukar cikgu maths. sume tutorial n past year dah boleh buat sendiri. 2 kali weii tukar cikgu maths. lepas abis cuti midsem ni blajar ngan cikgu maths baru plak.     ni antara gambar-gambar yang sempat di-snap :    with Nadi *HARI PUTERI*    Doommates *HARI PUTERI*    Class Members *G_CLASS**FAREWELL*   Malaysian Broadway of Kolej MARA Kulim   

KHAS UNTUK KAU YANG BARU NAK SPM ATAU BELUM SPM

kalo nak corak masa depan make sure guna whiteboard marker, okayy.  Tak pun guna je pensel. Kalo salah nanti boleh erase.  Jgn memandai nak guna permanent marker.  Nanti menyesal tak sudah. yeah! paham kan Bahasa Melayu ? so pahamkan ayat kat atas tu ? ermmm.. itulah sebenarnya yang aku nak cerita saat ni. Bagi budak-budak diploma asasi matrik sekarang dah nak start semester kedua dah. Alhamdulillah semua rakan-rakan sekelas aku takde yang tercicir. semua sambung belajar. setiap pelosok peringkat ada. Form six ade diploma ade politek ade matrik pon ade. *takleh nak 'koma' sbb rosak*. Alhamdulillah jugak sebab semua dapat result semester 1 yang memberangsangkan. *aku taktau lg result sem 1*.  Aku menyesal. Aku sedang merasa kebengongan sekarang akibat dari sikap aku yang guna pen takde jenama yang dakwat pecah-pecah tu untuk corak masa depan aku. Menyesal jugak sebab beli liquid paper yang harga paling murah. haaaa! kan dah rosak masa depan aku. actuall...

Matrikulasi : Susah sangat ke?

Image
   To my dearest, Life in matric is not easy. Just like the other said,  "huh! Aku taknak ah masuk matrik. Matrik susah gilerr." "Susah la weh nak score kat matrik." "alahh. matrik just for budak yang tak dapat offer U jer." "kalo masuk matrik, probability untuk dapat kos lelong tinggi la wey". Weii! The sentences should be like this : " nanti aku nak masuk matrik. Sebab, matrik senang giler. silibus same jer ngan SPM. stuktur soalan pun lebih kurang je. up sikit jer dari SPM." "Kalo kau masuk matrik then kau tak memain, senang jer weh nak score. Tapi kalo kau masuk matrik tapi perangai tak ubah macam masa kau nak SPM, memang menjunam la kau" " memang la matrik untuk budak yang tak dapat offer mana-mana IPTA. Tapi yang dapat IPTA pun berlambak kat sini, termasuklah diri ini." "kau malas, result sekangkang beruk of course la dapat kos lelong weh. Takkanlah result 2.0 tapi min...

New Life in Kolej MARA Kulim

Assalamualaikum.. Lama aih tak menulis kat alam maya ni. Berhabuk dah blog ni. Malam ni baru ada peluang nak update blog yang maha ringkas ni. Bukan apa, lepas habis SPM dulu, aku duduk rumah jer. Mak ayah tak bagi kerja. * aku pun malas nak kerja sebenarnya*  . Tambah-tambah pulak kat rumah aku dah takde internet. Streamyx dah kena potong oleh ayah tersayang dengan jayanya.  Hari ni 21 Ramadhan dan bermakna dah 2 bulan lebih aku menjalani kehidupan yang berliku lagi berlencong-lencong di bumi Kedah Darul Aman ni. Aku budak sem 1 Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (MKPM) Kolej Mara Kulim.  Meh sini nak citer sikit pasal Kolej MARA Kulim ni... KMKm ni terletak di Jalan Junjong, Kulim. Berhadapan dengan Masjid Air Merah dan berhampiran juga dengan IPD Kulim. Berdekatan dengan Tesco Kulim, Kulim Landmark, Giant, The Store, Panggung wayang, senang citer dekat dengan semua fasiliti yang diperlukanlah.. Ada 4 jenis program yang dijalankan di KMKm ni ter...

THE SWEET MEMORIES NEVER DIE :)

Image
SALAM SEMUA. HAI. Dah lama tak update blog. Oh ya ! Lupa nak bagitau,   saya bukan lagi budak sekolah. SPM dah berlalu.  Banyak kisah suka duka masa sekolah yang saya alami. Tak terkata banyaknya. Benarlah kata orang, zaman sekolah adalah zaman yang paling kita tak boleh lupa seumur hidup. Kebetulan saya duk asrama selama lima tahun. Dan tentulah jugak banyak memori pahit dan manis suka dan duka yang saya alami.  Histeria..Gaduh sesama sendiri..Kena denda dengan warden..Tak puas hati dengan warden. Kena rotan sebab tak pergi surau. Kadang-kadang pergi sekolah mandi kerbau je sebab bangun lewat dan kadang-kadand takde air nak mandi. Bergurau senda, bergelak tawa di tengah malam.... Bangun study ramai-ramai tengah-tengah malam. Bukak puasa dalam bilik ramai-ramai, bersahur ramai-ramai, jalan-jalan kat pasar malam tepi sekolah ramai-ramai. Oh! How I miss that moments... Kat sekolah pulak lagilah happening. Kitorang tak pernah serius ketika belajar. Cikgu...

Cerita Raya Saya

Image
Assalamualaikum :) Belum terlewat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin . Banyak benda yang aku nak cerita sebenarnya. Bukan Setakat cerita hari raya, cerita pasal lain-lain pun ada.  Alhamdulillah. Raya tahun tersangatlah happening bagi aku. Sebab raya tahun ni semua kakak-kakak, abang-abang, kakak ipar, abang-abang ipar sume balik kampung. Takde yang terkecuali. Memang best lah. Mungkin tahun depan dah tak semeriah tahun ni sebab abang aku yang keje kat penjara tak dapat cuti tahun depan. Kalau cuti pun seminggu lepas raya baru balik kampung. Kakak aku yang keje kat KL plak raya kat Perak, kampung suami dia. Tahun ni sebab mak ayah abang ipar aku beraya kat Jordan so diorang balikla beraya kat kampung. Tak lama pun. Raya kedua diorang dah balik KL. Abang ipar aku tak dapat cuti lama-lama.  Kakak aku yang keje kat KETENGAH plak cuti memang lama tapi duk kampung sampai raya ketiga je. Lepas tu balik umah suami dia kat Klang,...