Posts

Showing posts from September, 2018

Buku Baru dan Cabaran Baru

Image
Assalamualaikum dan hai. Dah lebih setahun rasanya blog ini ditinggalkan tergantung sepi. cuma nak update korang (kalo ada la yang baca blog aku), aku dah grad bulan November tahun 2017.  Sekarang dah masuk September 2018, banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Salah satunya, aku kembali menjadi seorang pelajar. Pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan atau kat sini kami dipanggil Pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan di ILKKM KL. Nak tahu ILKKM KL tu apa, sila lah google sendiri.  Kenapa aku pilih untuk masuk ILKKM ni instead of cari kerja yang setaraf dengan kelayakan aku sebagai graduan ijazah sarjana muda, salah satunya adalah kerana aku antara salah seorang yang bertuah dari beribu-ribu orang diluar sana yang memohon untuk SPA.  Kedua, kerana mungkin aku kurang berminat untuk bekerja dalam bidang perikanan. Ada beberapa faktor yang buat aku kurang berkeyakinan untuk menceburi bidang perikanan ni. Apakah faktor tersebut, biarlah aku sorang saja yang tahu