Buku Baru dan Cabaran Baru

Assalamualaikum dan hai.

Dah lebih setahun rasanya blog ini ditinggalkan tergantung sepi.

cuma nak update korang (kalo ada la yang baca blog aku), aku dah grad bulan November tahun 2017. 

Sekarang dah masuk September 2018, banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Salah satunya, aku kembali menjadi seorang pelajar. Pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan atau kat sini kami dipanggil Pelatih Juruteknologi Makmal Perubatan di ILKKM KL. Nak tahu ILKKM KL tu apa, sila lah google sendiri. 

Kenapa aku pilih untuk masuk ILKKM ni instead of cari kerja yang setaraf dengan kelayakan aku sebagai graduan ijazah sarjana muda, salah satunya adalah kerana aku antara salah seorang yang bertuah dari beribu-ribu orang diluar sana yang memohon untuk SPA. 

Kedua, kerana mungkin aku kurang berminat untuk bekerja dalam bidang perikanan. Ada beberapa faktor yang buat aku kurang berkeyakinan untuk menceburi bidang perikanan ni. Apakah faktor tersebut, biarlah aku sorang saja yang tahu. Tapi yang pasti, bukan kerana faktor CGPA memandangkan CGPA aku nak kata cemerlang tidak tetapi  masih diatas tahap yang memuaskan. 

Ketiga, kerana aku taknak hampakan ayah aku yang susah payah bawak aku pergi interview Separa Perubatan ni. Alhamdulillah, rezeki aku untuk diterima masuk ke ILKKM pada interview kali pertama. Ada orang tu, lima enam kali interview pon masih gagal. 

Keempat, kerana pelatih ILKKM adalah dibayar untuk belajar. Kalau nak tahu berapa elaun sebulan, sila google sendiri. Jadi, walaupun aku harus belajar untuk tempoh yang lama iaitu tiga tahun tapi aku tak perlu bimbang tentang kewangan. Lepas habis latihan tiga tahun, InsyaAllah jika ada rezeki, dapatlah diserap ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan gred U29. Jadi, korang yang baca post aku ni korang tolonglah doakan aku supaya berjaya mengharungi liku-liku latihan selama tiga tahun ini supaya aku sentiasa lulus setiap semester sehingga semester enam. 

Kelima, faktor minat. Untuk pengetahuan korang, aku mula berminat dengan bidang teknologi makmal perubatan ni sejak belum habis SPM lagi. Aku dah lupa dari mana aku mula-mula terdedah dengan bidang ni. Sebelum habis SPM, aku mohon matrikulasi. Lepas habis SPM aku isi SPA dan UPU antara pilihan aku adalah Diploma Teknologi Makmal Perubatan Uitm Bertam. Aku dapat masuk matrik. Waktu dah siap prepare semua kelengkapan nak masuk matrik siap dah bayar yuran, baru keputusan UPU keluar, dan aku dapat kursus DTMP tu tapi masa dah suntuk, aku pilih matrik. Lepastu masa isi UPU untuk Ijazah, memandangkan result aku tak berapa cemerlang jadi aku tak mohon kursus makmal perubatan tu dalam UPU tapi mohon kursus tu kat Unikl. Dan aku dapat yang Unikl tu tapi disebabkan faktor kewangan, aku tolak dan aku pilih UMT which is kursus perikanan. Dalam tempoh aku belajar degree tu adalah sekali dua dapat  panggilan exam SPA separa perubatan tu. Kali pertama, exam fail hahahaha. Kali kedua aku berjaya dapat interview untuk pelbagai jawatan termasuklah JTMP. Tapi aku taktau lah apa aku pikir waktu tunggu bas nak balik rumah nak prepare interview tu sampai aku buat keputusan taknak gi interview. Aku call housemate aku suruh dia datang ambik aku kat bustop cepat-cepat before bas sampai. Kalau bas sampai sebelum housemate aku tu sampai memang aku terpaksa jugak balik pegi interview tu. Tapi member aku sampai dulu dan waktu tu bas dah dekat dah tapi sebab member aku sampai dulu, aku ikut je dia balik rumah sewa balik. ending dia aku tak attend lah interview tu. 

Maaflah faktor kelima ni jalan cerita dia panjang sikit. 

Okay, sambung cerita balik. Aku bagitau ayah aku, aku tak jadi pegi interview sebab dah dekat exam. Nak fokus exam je. Masa tu aku second year. Masa aku tengah intern, bulan 8 kot, aku dapat panggilan exam lagi. Aku jawab dan aku berjaya dipanggil untuk temuduga. Tarikh temuduga tu waktu aku dah tamat intern, bulan 10 tak silap. Masa hari temuduga tu, aku candidate pertama since aku yang pertama sampai. Pegawai temuduga tu just suruh aku perkenalkan diri, aku bagitau siap-siap aku baru habis study. Dan lepastu adalah beberapa soalan yang dia tanya. Bulan 11 gitu, result keluar, dukacitanya aku tak dapat tapi sukacitanya aku calon simpanan. Disebabkan aku yakin calon simpanan akan dipanggil pada intake seterusnya which is intake julai, jadi selama tempoh menunggu tu aku tak cari kerja, aku just ulang alik ke rumah kakak aku kat Klang, mengasuh anak-anak dia. Dapatlah duit bayar topup. Bulan enam 2018, alhamdulillah aku dapat emel kat bawah ni. Syukur tak terkata.


Dan sekarang aku dah masuk bulan ketiga kat sini. 

Korang tolong doakan aku. 

Uniform pelatih jtmp

New family

InsyaAllah bakal-bakal JTMP






Comments

  1. Ada tips tak untuk temuduga diploma ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde spesifik tips tp kalo boleh study la betol2 pilihan pertama kita. Bilangan kolej yg ada utk latihan
      sesuatu jawatan pon dia tanya. Mlt senang 2 kolej je, 1 kat KL, 1 lg kat Kuching.

      Delete
  2. Assalamualaikum akak, akak graduan degree kan? So macam mana ya jawapan akak bila panel tanyakan "dah ada degree tapi kenapa nak sambung belajar lagi?" lepastu susah tak untuk yang dah ada degree nak masuk LSP? terima kasih akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah lupa saya jawab apa tp rasanya jawapan saya cliche je 😂

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Bestnya study kat UMT