Cerita Raya Saya

Assalamualaikum :)

Belum terlewat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Banyak benda yang aku nak cerita sebenarnya. Bukan Setakat cerita hari raya, cerita pasal lain-lain pun ada. 

Alhamdulillah.
Raya tahun tersangatlah happening bagi aku. Sebab raya tahun ni semua kakak-kakak, abang-abang, kakak ipar, abang-abang ipar sume balik kampung. Takde yang terkecuali. Memang best lah. Mungkin tahun depan dah tak semeriah tahun ni sebab abang aku yang keje kat penjara tak dapat cuti tahun depan. Kalau cuti pun seminggu lepas raya baru balik kampung. Kakak aku yang keje kat KL plak raya kat Perak, kampung suami dia. Tahun ni sebab mak ayah abang ipar aku beraya kat Jordan so diorang balikla beraya kat kampung. Tak lama pun. Raya kedua diorang dah balik KL. Abang ipar aku tak dapat cuti lama-lama. 

Kakak aku yang keje kat KETENGAH plak cuti memang lama tapi duk kampung sampai raya ketiga je. Lepas tu balik umah suami dia kat Klang, habiskan cuti. Raya keempat suami dia dah start keje. Kakak aku yang ni setiap tahun balik beraya kat kampung sebabnya dia dan suami dia ni sekampung. HAHA. Ni yang best kahwin dengan orang sekampung. Tak payah nak pening-pening kepala nak balik beraya kat kampung mana dulu.

BBQ dan bakar lemang

Malam raya kitorang buat BBQ  party dan bakar lemang. Fuhhh. Dah lama tak buat lemang. Malam raya tu boleh dikatakan macam family gathering untuk keluarga aku. Sume ada. Kalau anda-anda sume nak tahu, malam raya yang lepas-lepas aku ngan family duk dalam umah je. Tolong mak tukar langsir baru, bersih umah. Tak berapa nak happening sangatlah. 

jam1800 :: lemang mula dibakar

jam 2400 :: lemang mulai masak

Raya pertama aku kat umah jer. Tak pergi mana-mana pun. Tapi duit raya masyukk jugakla walau tak banyak mana. Cukup dengan usia aku. ( nak bayar yuran kelas malam untuk dua bulan pun tak lepas ).
Raya kedua baru keluar jalan-jalan. Tu pun sekadar ke rumah mak sedara dan tok sedara. 

FRUSTTTT!
Kakak ngan adik dapat habiskan cuti kat KL. Ayah bagi green light untuk aku ikut sekali tapi apakan daya kalau aku ikut, mak pulak tinggal sorang-sorang kat kampung. SobsobsobsoB! Nak ikutttttttttt !
Takpela. Nevermind...Teman mak kat umah dapat pahala jugak. HAHA. 

Akhir kata, 27 Ogos ni aku dah nak TRIAL SPM. Doakan yeee :)))


Comments

Popular posts from this blog

New Life in Kolej MARA Kulim

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus