Persediaan Untuk Menghadapi Peperiksaan

Countdown for TRIAL SPM  = 21 days left
Countdown for SCARY SPM= 90 days left

Di sini aku nak kongsi beberapa TIPS berguna untuk sesape yang bakal menghadapi peperiksaan termasuklah tuan punya blog ni. Jangan gabra, nervous, takut, gemuruh, berdebar and ape-ape aje. Just relax.


  • MEMILIH KAWAN YANG SESUAI
Di saat ini sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan persediaan kita menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang memahami bahawa kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia tidak membawa kita kepada kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik hati kita. Kawan yang baik juga akan membantu kita memberikan keadaan yang selesa dalam pembelajaran dan membantu bila perlu.

  • MENGUTAMAKAN NOTA PENDEK
Telah kita belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji dengan membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan terakhir bagi mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda mudah membantu dalam mengulangkaji ini.

  • MENJAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA DAN ALAM
Menjauhkan diri dari melalukan kezaliman terhadap orang lain, haiwan dan alam. Jadilah manusia yang baik mulai dari hari ini. Semoga dengan kebaikan kita lakukan, maka kebaikan juga kita perolehi. Termasuklah kita tidak mencela orang lain terutamanya para guru kita. Hubungan dengan ibu bapa teramat penting untuk dijaga. Perbaikilah hubungan kita sesama manusia dan alam agar kita memperoleh keyakinan yang terbaik kerana manusia yang memiliki rasa salah pada orang lain dan manusia yang tidak disukai oleh orang lain adalah manusia yang sering memiliki keyakinan yang lemah dan low-esteem.

  • REHAT YANG MENCUKUPI
Ada para pelajar yang sangat berusaha hingga ke saat-saat terakhir tanpa menghiraukan kesihatannya. Otak memerlukan tenaga yang cukup untuk berfikir dan mengingati segala memori. Maka, wajar untuk tidak terlalu membebankan badan di hari-hari menghampiri peperiksaan. Dapatkah tidur dan rehat yang cukup. Jika bersedia, hanya ambil satu atau dua jam sahaja pada malam peperiksaan untuk menelaah kembali dan terus rehat. Berehat tidak bermaksud berhibur. Rehat yang cukup juga tidak bererti mengambil pil-pil untuk berjaga dan memberi tenaga. Ini sangat tidak digalakan kerana pil-pil seumpama ini boleh melemahkan keupayaan minda.

  • MENGELAK KECELAKAAN DAN MENJAGA KESIHATAN
Elak mengambil masa di luar rumah atau di jalanan terlalu lama. Ini dapat mengurangkan risiko mendapat kecelakaan. Berdoa agar Allah memberi kebaikan pada kamu. Makanlah dengan makanan yang seimbang dan sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah amat penting bagi memberi vitamin yang cukup ke otak. Kismis dan madu adalah amalan kesihatan yang baik. Jika kesihatan terganggu, jangan membuang masa dan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

  • MEMOHON GURU HALALKAN ILMU
Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan ilmu yang dihalalkan oleh para guru. Jangan lupa kita juga punya guru iaitu kawan-kawan yang mengajar kita. Mohonlah mereka halalkan ilmu yang mereka ajari kita. Semoga dengan cara ini, kita peroleh doa dari mereka dan keyakinan kita bertambah.

  • DOA DAN QIAMULAIL
Jangan tunggu sekolah untuk menganjurkan malam qiamulail dan majlis bacaan yaasin untuk mula berdoa. Malah seharusnya kita sebagai pelajar harus selalu bijak untuk mengatur jadual dan pilihlah malam yang sesuai untuk qiamulail dan berdoa hajat pada Allah. Jangan jemu berdoa kerana Allah sangat gemar hambanya yang berdoa padaNya. Bertaubatlah dengan segala kesalahan yang kita lakukan. InsyaAllah dengan pembersihan jiwa sebegini, kita menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.

  • ULANGKAJI PELAJARAN
Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu adik-adik tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan adik-adik selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami, bukan belajar semata-mata untuk menghafal ya! Gunakan baki hari yang ada untuk menyemak nota-nota kecil untuk menguatkan lagi ingatan adik-adik.

  • BUAT PERSEDIAAN AWAL
apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pensil adik-adik tumpul tetapi tiada pengasah pensel? Tentu adik kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu adik-adik akan merasa gementar, dada adik-adik akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada diri adik-adik? Adik-adik akan “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan adik-adik lupa sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.
Pastikan adik-adik menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama adik-adik pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah adik-adik boleh menjawab dengan tenang

  • TIDUR AWAL DAN REHAT SECUKUPNYA
Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh adik-adik lemah dan tidak bertenaga, keupayaan adik-adik untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan, adik-adik harus tidur awal. Elakkan dari bersukan sehari sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri adik-adik akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan.

  • RESTU AYAH DAN IBU
Terpenting sekali adalah mendapatkan restu ayah dan ibu. Jangan melangkah ke dewan peperiksaan tanpa restu ayah dan ibu. Salam dan ciumlah tangan mereka setiap hari ke dewan peperiksaan. Bagi mereka yang berjauhan, telefonlah kepada ayah dan ibu sebelum hari peperiksaan. Ucapkanlah pada ayah dan ibu “doakan saya, restukan saya.”

  • BERDOA DAN BERTAWAKAL
Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang adik-adik perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri adik-adik. Pastikan adik-adik mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika adik-adik tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang adik dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.

GOOD LUCK 
DAN
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN :)


Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT