KHAS UNTUK KAU YANG BARU NAK SPM ATAU BELUM SPM

kalo nak corak masa depan make sure guna whiteboard marker, okayy.
 Tak pun guna je pensel. Kalo salah nanti boleh erase.
 Jgn memandai nak guna permanent marker.
 Nanti menyesal tak sudah.

yeah! paham kan Bahasa Melayu ? so pahamkan ayat kat atas tu ? ermmm.. itulah sebenarnya yang aku nak cerita saat ni. Bagi budak-budak diploma asasi matrik sekarang dah nak start semester kedua dah. Alhamdulillah semua rakan-rakan sekelas aku takde yang tercicir. semua sambung belajar. setiap pelosok peringkat ada. Form six ade diploma ade politek ade matrik pon ade. *takleh nak 'koma' sbb rosak*. Alhamdulillah jugak sebab semua dapat result semester 1 yang memberangsangkan. *aku taktau lg result sem 1*. 

Aku menyesal. Aku sedang merasa kebengongan sekarang akibat dari sikap aku yang guna pen takde jenama yang dakwat pecah-pecah tu untuk corak masa depan aku. Menyesal jugak sebab beli liquid paper yang harga paling murah. haaaa! kan dah rosak masa depan aku. actually tak rosak pon tp yelah bila dah guna pen dengan liquid paper takde kualiti of course la kertas tu akan nampak hodoh kan? So itulah yang sedang aku rasakan sekarang. Aku rasa semester satu aku kat matrik membazir jer. habis kelas kul 5 setiap hari aku balik asrama then tido. malam nye pulak kul 1O baru start bukak buku. Time exam pulak esok nak exam harini baru bukak buku. please la weh! itu style study masa kau SPM! peringkat atas SPM tak kira la diploma ke matrik ke hape ke kau kena sentiasa study. kerja kau sekarang study. so isikan masa terluang dengan study. maksud aku bukan setiap masa study sampai terlupa masa sosial tapi jangan kau luangkan masa kau dengan benda yang takde faedah. 

so KAU-KAU yang tengah SPM nanti kuar result pilihlah yang terbaik. ini masa depan kita. jangan buat benda yang kita tak suka. contohnya kau suka bussiness tapi mak ayah kau suruh kau ambik medik kalau aku baik la teruskan bussiness tu. kita akan happy bila kita belajar benda yang kita minat. benda yang kita tak minat? takde semangat langsung nak buat kan? 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Life in Kolej MARA Kulim

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus