Matrikulasi : Susah sangat ke?




To my dearest,
Life in matric is not easy. Just like the other said,
 "huh! Aku taknak ah masuk matrik. Matrik susah gilerr."
"Susah la weh nak score kat matrik."
"alahh. matrik just for budak yang tak dapat offer U jer."
"kalo masuk matrik, probability untuk dapat kos lelong tinggi la wey".
Weii! The sentences should be like this :
"nanti aku nak masuk matrik. Sebab, matrik senang giler. silibus same jer ngan SPM. stuktur soalan pun lebih kurang je. up sikit jer dari SPM."
"Kalo kau masuk matrik then kau tak memain, senang jer weh nak score. Tapi kalo kau masuk matrik tapi perangai tak ubah macam masa kau nak SPM, memang menjunam la kau"
"memang la matrik untuk budak yang tak dapat offer mana-mana IPTA. Tapi yang dapat IPTA pun berlambak kat sini, termasuklah diri ini."
"kau malas, result sekangkang beruk of course la dapat kos lelong weh. Takkanlah result 2.0 tapi mintak kos medic, engineering, wahhh demand yer kau"
Terus terang aku cakap, kalau kau nak masuk matrik kau kena bersedia fizikal dan mental. bukan apa, matrik kan setahun jer, masa singkat tp silibus yang kena belajar macam silibus spm. contohnya Biologi matrik 1 sem ada dalam 9 bab kesemuanya dan kena habiskan dalam masa 3 ke 4 bulan. kalau SPM dulu kan 9 bab tu boleh dalam masa 8 ke 9 bulan. Kerajinan itu penting bila berada di matrik. Aku yang belum habis 1 sem lagi dah rasa kebebalan dan kebengongan akibat sikap MALAS itu masih bermaharajalela. Tapi zaman matrik la aku rasa zaman paling best selepas zaman sekolah menengah. kenapa? sebab sini hanya ada kita jer, yakni geng-geng seangkatan dengan kita a.k.a. sama umur dengan kita. kalau sekolah dulu kan bercampur dengan budak tingkatan 1 sampai la tingkatan 6.
Paling penting sekali, pengurusan masa harus diberi keutamaan masa kat matrik. Masa dah singkat pastu kau singkatkan lagi ia dengan perangai malas kau tu lagilah bertambah-tambah singkat masa yang kau ada. Bila masa singkat lagi la bertambah singkat otak kau nak menelaah 9 bab biologi, 7 atau 8 bab kimia, 10 bab matematik utk satu sem. ( fizik aku tak tau berapa bab aku budak modul 3).
*diri ini sangat terasa dengan kata-kata sendiri*
Bila weekend atau hari cuti, jangan ingat nak tido jer. boleh jer kalo nak tido tapi jangan la melampau sangat. malam tido kul 10 pastu esoknyer bangun kul 11, itu dah melampau... ingat, MASA itu harus dijimatkan, bukan diboroskan.
Reading before lecture penting! sebab lecturer mengajar terlalu laju. at least kau dah tau sikit-sikit tentang topic yang akan diajarkan. takde la kau terlopong jer macam tengok wayang.
Eh! waktu lab sains computer dah abis. terpaksa la stop kat sini.

Kolej MARA Kulim

Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru