Field Trip : PULAU BIDONG

Assalamualaikum and Good Evening peeps!

entry kali ni macam biasa berkisarkan tentang aktiviti aktiviti student Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan UMT. Kali ni nak cerita tentang field trip ketiga kami ke PULAU BIDONG. Yang pertama masa sem satu kitorg pegi Setiu Wetland ( field trip Setiu Wetland ) under subjek Prinsip Sains Perikanan part Dr Rauhan . Yang kedua pegi LKIM Tok Bali jugak under subjek yang sama tapi part Dr Ulfah. 

Untuk trip ke bidong kali ni under dua subjek sekaligus. iaitu under subjek Perikanan Pelancongan  and subjek Oseanografi Perikanan. plan asal sepatutnya kami bertolak pada hari Khamis tetapi last minute Dr Hii postpone ke pagi Jumaat memandangkan petang Khamis ombak sedikit bergelora. Konklusinya kami pun bertolak lah pada pagi Jumaat. memang betul betul PAGI. Matahari tak nampak muka lagi dah kena ada dalam bas. Kitorang naik bot dekat jeti Merang memandangkan dari UMT ke jeti tu ambik masa dalam 20 minit je pastu dari jeti Merang ke Pulau Bidong pon lebih kurang macam tu jugak.

Pagi tu ombak still kuat. setiap masa bontot ni terangkat dan terhempas. sape sape yang baru kawen plan nak gi honeymoon kat pulau make sure jangan naik bot laju. naik la feri. 

Pagi Jumaat tu sampai je kat Bidong, lepas sume student sampai Bidong ada taklimat berkenaan aktiviti aktiviti yang akan dilakukan. Group aku dengan group berapa tah kena buat aktiviti current meter and surface ape tah satu lagi. naik bot yang besar tu yang ada kusyen kat dalam tu sampai tengah laut. Ombak pulak agak menggila sampaikan aku ni yang x pernah mabuk laut boleh pening sampai nak angkat muka pon tak boleh. Nasib baik tak muntah. Agak lama duk dalam bot tu. Hampir dua jam rasanya. Pastu tukar bot untuk aktiviti seterusnya iaitu fish finder. Fungsi alat ni untuk tahu ikan kat mana. dah nama pun fish finder kan memang la untuk cari ikan. 

pastu balik pulau then petang tu pulak buat aktiviti menjala kat tepi pantai. Bukan senang tau nak menjala. aku buat berkali kali tak terbukak pon jala aku. dahla berat. tengah panas pulak tu. 
Last aktiviti ialah buat plankton net and apa tah satu lagi. yang ni kena ambik sample then campurkan dengan formalin then simpan then balik UMT nanti kena observe bawah mikroskop. 

fuhh penat tau dakk. dahlaa panas. 

Malam tu pulak berangkut dengan bot pegi ke jeti kat pantai sebelah. pergi memancing. aku tak bawak pancing so tengok orang pancing jelah. boringnya hanya Allah yang tau. 

Pagi Sabtu lepas sarapan kami gotong royong bersihkan kawasan pulau tempat kami berteduh. ohyaa tido dalam chalet tauuu bukan camping. 

Best tu memang la best tapi yang tak bestnya lab report bertambun untuk disiapkann.. itu yang tak best bila ada field trip. 

Jeti Merang di awal pagi

This is Bidong

owh that's me

sentiasa berENAM

ni otw balik tanah besar waktu ni ombak tenang lagi kat tengah laut baru dia start mengganas




Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT