Field Trip : Setiu Wetland !
Hello peeps!
Tau kan aku budak fisheries aka budak ikan? okay meh nak cerita sikit. Fisheries is not only fish okay. Kami belajar perikanan tapi lepas grad kerjaya kami bukanlah semata-mata naik bot turun ke laut cari ikan and other marine fish. Kalau setakat nak jadi nelayan buat apa kami study tinggi-tinggi sampai ijazah kan? Btw, big thanks to pakciks nelayan sebab tanpa mereka takde la kita dapat merasa isi ikan. Okay. Nampaknya aku dah lari topik.
Ayuh kita ke topik utama!
Nak cerita sikit berkenaan trip kami *Budak 1st Year Fsheries* pergi ke Setiu Wetland aka Pusat Penyelidikan UMT, Tanah Bencah Setiu. Tempat ni hampir-hampir dah dengan sempadan Republik Of Besut.
"Satu satunya tanah lembab atau paya becah di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu, laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulai, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau.''
sumber : sape lagi kalo bukan abang Google tersayang
Tujuan kami ke sini adalah untuk memenuhi keperluan kursus TP3014 Prinsip Sains Perikanan untuk bahagian Dr Rauhan. Ada tiga lab reports kami kena buat kat sini. Marine Ecosystem, Brackish water Ecosystem dan Freshwater Ecosystem. Kena interview nelayan la kena masuk hutan bakau la kena tangkap ikan la kena ambik gambar la. Part yang ambik gambar tu best sebab banyak gambar selfie daripada gambar spesies. hahaha.
Dahla pagi sebelum bertolak pegi lewat sbb tunggu bas. Dua bas terawal tak tak muat sebab budak fisheries ni ramai. Seratus lebih rasanya. Yang drop subjek ni pun ada jgk yang pergi. Dua bas awal tu pukul 8 lagi dah gerak. Kami yang tertinggal ni pukul 9 baru gerak. Naik bas UMT yang double decker weh! Best. Ingkatkan ken naik bas UMT yang paling buruk. kehkehkeh.
Taknak cakap banyak. Nah gambar !
Rajah 1. Ikan taktau nama
Rajah 2. Kurita!
Rajah 3. ikan taktau nama
Rajah 4. Ikan kecik ni pun ada
Rajah 5. Kami taktau kami observe apa
Rajah 6. Cetek je air ni
Rajah 7. Sungai Ular. Sungai ni Tepi jalan tau. Nasib baik ada 3 buah
bas UMT yang cover depa ni duk ber-kanak-kanak-riang
Rajah 8. Peaceful !
Rajah 9. Kat sungai tu la dorang tangkap si KURITA tu..
Rajah 10. The only Indian in the class
Rajah 11. Itu Pensyarah kami, Dr Rauhan namanya. Masa hari 1st dia masuk kuliah
and perkataan 1st keluar dari mulut dia aku dah boleh agak dia ore kelate
Rajah 12. Bas double decker UMT yang angkut kami. Lagi 2 bas kaler biru
Rajah 13. early in the morning !
Rajah 14. Top of the morning !
Saje je tulis "RAJAH' tu sebenarnya supaya terbiasa tulis dalam assignment yang akan datang.
Actually aku ada dua kerja nak buat ni. Assignment Instrumentasi akuatik dengan slide powerpoint serunding yang aku buat assignment harituuu.. esok pagi ada Family Day Ficos.
Comments
Post a Comment