My Mid Semester Break Is Ruined By an Assignment

Hello peeps !

Tajuk entry yang tak boleh blahh.. Thanks to my Whatsapp groupmate for the idea of the title. oh yeah.. 

Dah dua bulan lebih aku bergelar student SMSG Fisheries. Agak mencabar sebab aku langsung tak sangka dapat kos ni. Ambik masa untuk aku adapt dengan bidang ni. Mana taknya nak siang ikan pun tak pandai, nama ikan pun tak kenal at last kena belajar perikanan. Tapi alhamdulillah la buat masa sekarang aku rasa aku dah mula jatuh cinta dengan kos SMSG Fisheries ni. 

okay. Ayuh kita ke topik utama, 

Cuti seminggu aku macam bukan cuti jer sebabnya ada satu assignment yang perlu dihantar right after cuti ni tamat. Assignment untuk subjek Pemprosesan Produk Akuatik. Disebabkan pensyarah dah tetapkan satu produk kuota nya untuk enam orang student jer so nak tak nak aku kena terima dengan redha produk yang aku dapat hasil daripada undian untuk mengelakkan ketidakpuasan hati. Aku dapat SERUNDING IKAN. ermm.. Google punya google takde pun kilang serunding kat Besut. Tanya punya tanya then ada sorang classmate matrik aku bagitau yang mak sepupu dia ada kilang serunding. Tapi kilang tu nun jauh di Kampung Laut, Kelantan. Pastu ada pulak sorang kawan aku ni, classmate kat matrik jugak plus stu pusat pengajian kat UMT offer suruh aku tido kat umah dia. Umah dia kat Wakaf Baru. Agak dekat la dengan Kampung Laut tu. Hari sabtu aku pegi umah dia. Hari ahad aku pegi intebiu makcik serunding then hari isnin aku balik umah aku. Hari selasa masih bersenang lenang sbb laptop aku belum sampai plus takde internet. Hari rabu barulah misi bermula! Tapi tak boleh nak fokus sangat sebab bebudak nakal ramai sangat kat umah. sebelum laptop aku terpatah dua better aku takyah buat lagi. Hari ni Khamis. dah buat dah sikit. Lewat malam nanti nak baru nak sambung balik. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. so aku bajet hari sabtu siap kot. Hari ahad balik UMT. Hari isnin submit. 

Conclusion nya, aku sendiri yang memusnahkan cuti midsem aku. *nangiss*..  

PERINGATAN!
27hb oktober 2014-Test KIA, Submit assignment
29hb oktober 2014-Test Pemprosesan produk akuatik, Test Pengurusan keusahawanan dan kendiri
30hb october 2014-maybe ade Test Prinsip Sains Perikanan
3hb november 2014-Submit assignment KIA *ini lagi peninggg!*

~untung subjek Mikrobiologi akuatik takde test tapi quiz online je banyak :'(

Panorama dari dalam kilang pemprosesan serunding. Itu Sungai Kelantan

Aku. Sedang merenung jauh ke hadapan dengan harapan masa depan makin cerah 





Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT