A Two Days One Night Family Trip To MELAKA

Assalamualaikum and Morning peeps!

Actually family trip ni dah lama dah. Waktu aku cuti semester bulan Januari haritu. Tapi disebabkan kesibukan sebagai seorang pelajar universiti makanya entry ini hanya dapat ditaip pada hari Jumaat yang penuh barakah. Sepatutnya pagi ni ada event sukaneka among the fisheries first year student tapi kaki pulak crampt tak leh nak join. 

Awal bulanJanuari haritu @ akhir bulan Disember kan ada banjir besar kan. Yang kes jalan lebuhraya Jeli-Gerik runtuh haritu kan. Yang tak boleh lalu tu. waktu tu tak silap time study week student degree. Lepas exam habis pon still tak leh lalu jalan tu. Jadi kakak yang baru habis final exam kat UUM terpaksa mengubah haluan ke KL dulu sebab tiket nak balik Jerteh takde. , Disebabkan kejadian tu la yang membawa ayah memandu jauh ke Kuala Lumpur untuk mengambil kakak tu sambil melawat seorang cucu yang jarang boleh jumpa. So alang-alang ayah dah mai KL kakak-kakak abang-abang yang duk KL tu plan trip ke MELAKA. Fully sponsored by them! 

Ini adalah kali pertama aku ke MELAKA. eh salah! kali kedua. Kali pertama haritu pegi Masjid Tanah untuk kenduri perkahwinan. Waktu tu cuti sekolah so jangan harap la nak masuk Bandaraya Melaka. Dari Melaka ke KL melalui highway PLUS makan masa tiga hingga empat jam! okay dah tutup cerita tu. Bukak balik cerita trip family tadi.

Pagi Jumaat tu bertolak dari KL dalam pukul 10 lebih kurang dan konvoi tiga buah kereta.  Pastu pusing bandar Senawang kejap sebab kereta abang ipar ada masalah sikit. Disebabkan urusan dia lama so kakak ipar yang sorang lagi drive sendiri sampai ke Melaka. Kami stay kat resort villa A'Famosa Resort. Kali pertama stay kat sini. Suasananya cantik tenang tapi sunyi maybe bukan waktu cuti sekolah so tak ramai pelanggan yang sewa villa tu. Kami punya villa punyalah hujung kat tepi hutan. Tapi selesa la. Ada kolam renang tepi tu. Ada empat bilik. Oleh kerana yang pergi ada empat pasangan yang dah kawen jadi semua bilik mereka rembat. Aku, adik aku dan kakak aku aku tido atas sofa kat ruang tamu. Aircond sentiasa sejuk. hahaha. Tapi harga dia pun cantikk laaaa.

Macam ni lebih kurang vilaa tu.
Sampai je kat sana  dalam lebih kurang pukul 3 lepas angkut barang masing-masing melahap bekal nasi yang dibawa dari rumah. Masakan mak memang sentiasa didambakan oleh anak-anaknya di KL. Lepas makan yaya ajak papa dia mandi kolam. Pastu lepak la tepi kolam ramai-ramai then petang sikit keluar pegi pekan Tampoi beli barang makanan sikit. Malam tu buat BBQ. 

Faiz dan ayahsu yang sentiasa disi

Icha yang umur 3 bulan pun eksaited masuk kolam. sekarang icha dah 5 bulan

Keesokan harinya pulak kitorang pegi jalan-jalan kat Bandaraya Melaka. Alhamdulillah walau Melaka hari-hari traffic jam especially kat area Dataran Pahlawan tu haritu boleh laa park kereta dekat dengan tempat yang nak pegi. takdela kena jalan jauh.



Menara Taming Sari


Siblings


Melaka River Cruise




Dekat pintu masuk A'Famosa Resort

Mak ayah


Inilah yaya



Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT