Posts

Cerita Raya Saya

Image
Assalamualaikum :) Belum terlewat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin . Banyak benda yang aku nak cerita sebenarnya. Bukan Setakat cerita hari raya, cerita pasal lain-lain pun ada.  Alhamdulillah. Raya tahun tersangatlah happening bagi aku. Sebab raya tahun ni semua kakak-kakak, abang-abang, kakak ipar, abang-abang ipar sume balik kampung. Takde yang terkecuali. Memang best lah. Mungkin tahun depan dah tak semeriah tahun ni sebab abang aku yang keje kat penjara tak dapat cuti tahun depan. Kalau cuti pun seminggu lepas raya baru balik kampung. Kakak aku yang keje kat KL plak raya kat Perak, kampung suami dia. Tahun ni sebab mak ayah abang ipar aku beraya kat Jordan so diorang balikla beraya kat kampung. Tak lama pun. Raya kedua diorang dah balik KL. Abang ipar aku tak dapat cuti lama-lama.  Kakak aku yang keje kat KETENGAH plak cuti memang lama tapi duk kampung sampai raya ketiga je. Lepas tu balik umah suami dia kat Klang,...

Persediaan Untuk Menghadapi Peperiksaan

Image
Countdown for TRIAL SPM  = 21 days left Countdown for SCARY SPM= 90 days left Di sini aku nak kongsi beberapa TIPS berguna untuk sesape yang bakal menghadapi peperiksaan termasuklah tuan punya blog ni. Jangan gabra, nervous, takut, gemuruh, berdebar and ape-ape aje. Just relax. MEMILIH KAWAN YANG SESUAI Di saat ini sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan persediaan kita menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang memahami bahawa kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia tidak membawa kita kepada kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik hati kita. Kawan yang baik juga akan membantu kita memberikan keadaan yang selesa dalam pembelajaran dan membantu bila perlu. MENGUTAMAKAN NOTA PENDEK Telah kita belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji dengan membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan terakhir bagi mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda m...

Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus

Image
   Fariz dan Faiz merupakan sepasang kembar yang begitu akrab. Ibarat isi dan kuku. Tidak boleh dipisahkan.Ibu dan ayah mereka begitu menyayangi mereka berdua. Mereka ditatang dengan penuh bagai minyak yang penuh. Almaklumlah mereka hanya berdua, tiada lagi adik beradik lain selain mereka. Di antara Fariz dan Faiz, yang lebih menyerlah dalam pelajaran ialah si abang iaitu Fariz. Walaupun begitu, Fariz sering membantu adiknya Fai dalam pelajaran. Boleh dikatakan yang Fariz ni tak kedekut ilmu langsung dengan adik dia. Apa yang dia dapat dia kongsi dengan adik dia.     Sedar tak sedar tak lama mereka berdua akan menghadapi ujian Penilaian Menegah Rendah ( PMR ). Si Fariz ni sibuk mengulangkaji pelajaran siang malam. Sebaliknya pula dengan si Faiz. Empat bulan kemudian, keputusan PMR pun dikeluarkan. Seperti yang disangkakan, Fariz mendapat keputusan yang cemerlang sekaligus merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya. Faiz? Usah ditanya. Keputusan berganda-ga...