Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus

   Fariz dan Faiz merupakan sepasang kembar yang begitu akrab. Ibarat isi dan kuku. Tidak boleh dipisahkan.Ibu dan ayah mereka begitu menyayangi mereka berdua. Mereka ditatang dengan penuh bagai minyak yang penuh. Almaklumlah mereka hanya berdua, tiada lagi adik beradik lain selain mereka. Di antara Fariz dan Faiz, yang lebih menyerlah dalam pelajaran ialah si abang iaitu Fariz. Walaupun begitu, Fariz sering membantu adiknya Fai dalam pelajaran. Boleh dikatakan yang Fariz ni tak kedekut ilmu langsung dengan adik dia. Apa yang dia dapat dia kongsi dengan adik dia.

    Sedar tak sedar tak lama mereka berdua akan menghadapi ujian Penilaian Menegah Rendah ( PMR ). Si Fariz ni sibuk mengulangkaji pelajaran siang malam. Sebaliknya pula dengan si Faiz. Empat bulan kemudian, keputusan PMR pun dikeluarkan. Seperti yang disangkakan, Fariz mendapat keputusan yang cemerlang sekaligus merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya. Faiz? Usah ditanya. Keputusan berganda-ganda lebih teruk daripada keputusan abangnya.

    Pejam celik pejam celik, tahun baru sudah pun menampakkan muka. Si Fariz ni awal-awal lagi dah dapat tawaran menyambung pelajaran Tingkatan Empat kat salah sebuah sekolah elit yang tersohor di selatan tanah air. Si Faiz pula masih kekal di sekolah lama. Perniagaan ayah mereka pula semakin hari semakin maju sehingga banyak cawangan dibuka di seluruh negara serta tiga cawangan dibuka di luar negara. 

    Oleh kerana terlalu leka dengan kemewahan hidup yang dicurahkan, Faiz lupa akan tanggungjawabnya sebagai pelajar. Dia sering keluar malam pulang semula ke rumah apabila ayam sudah sudah berkokok. Dalam kelas kerjanya hanyalah tidur dan tidur sehingga keputusan peperiksaan semakin hari semakin merosot. Hal ini amat menggusarkan hati ibu dan ayahnya. Kini pada Fariz lah sandaran mereka untuk meneruskan warisan keluarga. 

     Seperti biasa, peperiksaan awam menjelma kembali. Kali ini bukan lagi PMR tetapi Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Tidak lama kemudian keluarlah keputusannya. Seperti biasa, Fariz yang sememangnya mempunyai otak yang genius mendapat keputusan yang begitu bagus. Faiz pula hanya cukup-cukup makan. 

     Sekali lagi Fariz harus meninggalkan adiknya untuk menggapai cita-cita sentinggi angkasa. Dia bakal berlepas ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan atas permintaan keluarganya. Ikutkan hati dia ingin sekali menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Russia seperti rakan-rakannya yang lain. Namun apakan daya, dia tidak ingin melukakan hati kedua orang tuanya. Oleh yang demikian, hasrat dan impiannya yang setinggi bintang harus dilupakan. Dia rela asalkan hati kedua ibu bapanya dapat dijaga. Berlainan pula dengan si Faiz. Sudah jenuh dia dipujuk supaya meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi namun dia tetap dengan sikap keras kepalanya. Dia tidak mahu lagi memerah otak untuk belajar. Dia hanya mahu bekerja. Dia sudah tekad untuk bekerja di syarikat ayahnya. Dalam kepalanya sudah tergambar akan jawatan yang akan diberikan untuknya. Namun, Faiz hanya bermimpi di siang hari. Dia hanya diberikan jawatan sebagai penyelia sebuah kilang milik ayahnya. 

     "Hanya jawatan itu sahaja yang setimpal dengan taraf pelajaran kamu yang setakat SPM tu. Lainlah kalau kamu tu belajar tinggi macam abang kamu. Kamu nak jawatan apa? Manager? Director? Ayah boleh bagi. Tapi kamu ni SPM pun cukup-cukup makan jer. Macam mana ayah nak bagi kamu jawatan macam tu? Kamu nak tengok perniagaan ayah lingkup?.  Itulah jawapan ayahnya setiap kali Faiz menyuarakan rasa ketidakpuasann hatinya berkenaan dengan jawatan yang diberikan kepadanya.

    "Ayah memang tak adil !" bentak Faiz.
    
    "Eh budak ni. Ayah dah bagi kau kerja pun dah cukup bagus tahu tak? Cuba sekali sekala kamu jadi macam abang kamu. Taat, dengar kata orang tua, baik, dan yang lebih penting kebijakan dia tu. Ayah bangga dengan abang kamu. Lepas dia habis belajar nanti, ayah nak dia ganti tempat ayah."

    Saat telinganya menangkap butir bicara terkahir ayahnya, Faiz mula berasa cemburu terhadap darah daging yang disayangi dan dihormati selama ini. Rasa cemburu yang akhirnya diganti dengan rasa dendam. Dendam yang semakin lama semakin membara. 

Empat tahun berlalu...

     Fariz yang sudah tamat pengajiannya pulang ke Malaysia. Dia ingin memeluk ibu bapanya. Dan yang paling penting memeluk adik kesayangannya. Namun, lain yang diimpikan lain pula yang terjadi. Faiz kelihatan seperti tidak teruja langsung melihat kepulangan abangnya yang sudah lama dia tidak temui. Sepatah ditanya abangnya sepatah juga yang dijawabnya. 

    Rasa dendamnya semakin memuncak apabila ayahnya melantik Fariz secara rasminya sebagai Ketua Pengarah Eksekutif  menggantikan dirinya yang sudah tua dimamah usia. Faiz pula dinaikkan pangkat. Dari penyelia kilang kepada Personal Assistant CEO. Sejak itu Faiz mula berubah laku. Dia sering lewat sampai ke pejabat sehingga menaikkan api kemarahan abangnya. Fariz sudah tidak boleh bersabar lagi. Kesabaran memuncak. 

     Pada suatu pagi, seperti biasa, Faiz lewat lagi sampai ke pejabat. Fariz pula tercegat di hadapan pintu utama pejabat dengan wajah yang masam. 

     "Hai, apa hal CEO tetiba jadi pak guard hari ni?" ejek Faiz.
    
     "Dah engkau apa hal tiap-tiap hari datang lewat ke pejabat?."soal Fariz pula. 
    
     "Eh suka hati aku la. Ini syarikat bapak aku. Kau apa hal nak bentak-bentak aku haa?. wah! sudah beraku engkau nampaknya.
    
     "Masalahnya sekarang aku bos kat sini! Kau boleh tak hormat aku sikit? Ayah dah bagi aku tanggungjawab untuk terajui syarikat ni. So, syarikat ni milik aku sekarang. Kau ada apa-apa tak puas hati ke?

    "Huh! Memang aku tak puas hati!. Banyak yang aku tak puas hati dengan kau. Aku berdendam dengan kau. Aku cemburu dengan kau. Mak dengan ayah lebih sayangkan kau daripada aku. Aku sedih. Aku rasa aku ni macam anak yang terbuang pula. Apa yang kau nak kau boleh dapat dengan senang lenangnya. Kau yang baru tak sampai dua bulan kerja dah boleh pakai kereta mewah. Percuma pula. Aku ni? Setakat motor tu je yang aku boleh dapat. Tu pun kerana kudrat aku sendiri bekerja siang malam. Ayah langsung tak kesiankan aku. Tapi kau?" Faiz meluahkan segala apa yang terbuku dalam hatinya. "Bersaksikan kau, mulai saat ini, mulai detik ini, aku dah tak nak kerja kat sini. Aku resign!". Serentak itu, Faiz terus melulu kearah motor kesayangannya. Dia menghidupkan enjin lalu memecut motornya meninggalkan kawasan syarikat milik keluarganya. Dia tekad meninggalkan segala-galanya di sini dan berhijrah ke tempat lain untuk memulakan hidup barunya.

7 tahun berlalu...

    'Dik, kau kat mana sekarang? Dah berapa lama abang cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Abang rindukan kau dik.' Fariz bermonolog dalam hati sambil merenung bintang-bintang yang bergemerlapan di langit nan indah.

   'Abang, Faiz rindukan abang. Faiz rindukan ibu dan ayah.' Begitu juga dengan Faiz. 

  Mereka memendang rasa.

     Hari ini Fariz akan berlepas ke Indonesia untuk melawat tapak projek syarikatnya. Ketika dia sedang menunggu pemandu yang diarahkan untuk menjemputnya di bandaran, matanya sempat melilau ke kawasan yang berhampiran. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu. Matanye menangkap sesusuk tubuh yang mendepaninya di seberang jalan. Orang itu segak berpakaian kerja sambil berbual dengan beberapa orang yang juga berpakaian sepertinya. Fariz terus melangkah kearah orang itu. Dek kerana terlalu ralik berbicara, orang itu langsung tidak perasan akan kedatangan Fariz sehinggalah...

     "Assalamualaikum."Sapa Fariz.

     "Walaikumusalam." Balas orang itu pla sambil memandang kearah Fariz. Dia terkedu.

    "Faiz? Ya Allah Faiz!. Dekat sini rupanya kau dik."Fariz tersenyum sambil memeluk erat adiknya.

    "Maaf. Anda sudah silap orang. Saya bukan Faiz." Ucap pemuda itu sambil merenggangkan pelukan Fariz di tubuhnya dan terus meninggalkan kawasan itu dengan serta merta meninggalkan rakan-rakannya yang masih tertanya-tanya tentang kejadian yang baru sahaja berlaku di hadapan mereka.

    Fariz tidak berputus asa. Dia yakin pemuda yang dipeluknya tadi adalah Faiz, adiknya. Dia mula berlari menyaingi langkah pemuda tadi yang sudah menjauhinya. 

    "Faiz! Berhenti Faiz! Mohd Faiz Ajmal, sila berhenti!" laung Fariz apabila tiada tanda-tanda bahawa Faiz akan berhenti melangkah.

   Disaat mendengar nama penuhnya disebut, Faiz berhenti melangkah. Dia berpaling ke belakang menghadap Fariz.

    "Iya saya. Ada apa yang boleh saya bantu wahai Encik Mohd Fariz Akmal?"

   "Abang rindukan kau dik. Ibu dan ayah pun rindukan kau. Kami semua rindukan kau." Fariz memeluk adiknya kembali.

    "Maafkan Faiz bang. Faiz tahu Faiz salah sebab simpan dendam kat abang. Faiz betul-betul tak boleh terima kenyataan bila ayah selalu membanding-bandingkan kita berdua. Faiz tahu Faiz tak sehebat abang. Tak sebijak abang."

    "Siapa kata kau sehebat abang? Kau dah berjaya sekarang. Faiz, ikut abang balik Malaysia ye? Mak dan ayah rindukan kau. Ayah dah menyesal sebab buat macam tu kat kau. Abang pun minta maaf sebab tinggikan suara kat kau dulu."

    "Dah la bang. Kita lupakan kisah dulu. Kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih. Faiz akan balik ke Malaysia tapi bukan dalam masa terdekat ni. Faiz kena selesaikan kerja-kerja Faiz kat sini dulu."

   "Baiklah dik. Abang tunggu. Abang dah kosongkan satu jawatan kat syarikat kita. Abang simpan jawatan tu      sebab nak bagi kat adik abang yang handsome ni".

   "hahahaha". Serentak itu mereka berdua sama-sama ketawa tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling yang melemparkan pandangan pelik ke arah mereka.

  Beberapa bulan kemudian, Faiz pulang ke Malaysia setelah semua kerja-kerjanya di Indonesia selesai. Dia kini memegang jawatan sebagai Pengurus Projek di syarikat milik keluarganya. Hubunganya dengan Fariz pun semakin membaik. Bak kata pepatah melayu, air yang dicincang tidak akan putus.





p/s: cerpen hasil nukilan saya sendiri.

Comments

  1. Salam akak. Mintak halal nak amek sikit-2 isi cerita ni.. kita kena buat cerpen air dicincang tidak akan putus, and this is such a nice cerpen :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Life in Kolej MARA Kulim

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN