Impak MUKABUKU kepada pelajaran



Assalamualaikum, Hai peeps!

Macam bagus je tajuk entry tu kan? Macam bagus, Macam baguss, Maccam baggusss je!

Okay dah. Jangan nak menjerit tengah-tengah malam ni. Kang jadi cerita lain pulak.. Sebelum tu nak bgtau yang entry kali ni mungkin lil bit longggg..

Diam tak diam dah nak akhir sem dah. Kelas dah banyak yang habis silibus. Kelas Mikrobiologi je yang still tak habis silibus. Next week lecture part Dr. Shumpei pulak. He's japanese okay.

 So memandangkan silibus dah habis maka bermulalah musim test, kuiz dan semua yang berkaitan dengannya. Serius test buat aku malas. Malas sebab tak study. Tak study sebab rajin sangat mentelaah mukabuku. Mukabuku tu jahat. Jahat sebab mendorong aku untuk lupakan test. Test tu penting. Penting untuk carry marks aku. Aku nak carry marks tinggi. Tinggi supaya result gempak. Gempak sebab result tinggi. Tinggi setinggi Sree. Sree tu classmate aku. Aku tengah malas ni. Ni ape kes asyik taip ayat berangkai macam nak jawab soalan esei biologi spm je ni?

Hari tu aku join satu Bengkel Pengurusan Masa anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling UMT. Best. Tapi macam tak berkesan je untuk manusia macam aku. Kenapa? Sebab lepas habis bengkel tu aku jumpa Nad, Alin, ngan Zati kat kksam. Terus ajak diorang pegi lepak pantai. Aku yang ajak. So, maknanya akulah yang jahat kan? Eh eh, tak boleh consider macam tu. Aku tak salah. Bahkan aku mengajak diorang bersantai beriadah petang sebab aku tahu kalo ajak diorang joging kat trek memang tak ah! Pegi pantai pun bukan buat ape pun. Selfie je mamanjang. Eh macam lari topik je ni?

Okay, back to our main topic. In my opinion, Mukabuku must be banned by the university for those who are using the free wifi provided. Just like what my former college do before. When I in matriculation college, my college provide a 'high speed wifi' for the entire area of the college. You may log in to the wifi wherever you are even you are in the toilet. You can watch the youtube without buffering and loading. So fast I told you. But the only one that will make you frust is you can't log in to your Mukabuku account. Such a freaking perfect! That is why my phone credit always zero because I tend to subscribe the celcom's internet data in order to log in to my Mukabuku account. So freaking! But don't chu worry. That's okay. At least when I have no money to buy the celcom top up, I will not be able to log in to my Mukabuku account. So that, I will 'sedar diri' to open my lecture note and study. Even it only last for a few minutes because I tend to collapse on the bed. Mukabuku Melalaikan Pelajar adalah point untuk perenggan ini.

Now, I can online for 24 hours. I only download the notes provided by the lecturers in Mylearn. Do not have lust to read it. Why? it's all because of Mukabuku, and the blue bird! Blue bird mean Twitter ye anak-anak sekalian. I have sending for about 5OOO tweets since the first day I am here. About 3 months before. Gila kan? Bangun pagi tweet "baru je bangun tido". Nak g mandi tweet "Malasnya nak mandi".  Siap pakai baju tudung kasut nak g kelas tweet "Malasnya nak gi kuliah". Dalam kelas tweet "Alahai lambatnya lecturer masuk kelas". Tak sampai seminit tweet, lecturer masuk kelas mengajar. Habis kelas tweet "Yeay! kelas dah abis. Jom balik hostel". Blaa blaa blaaa blaa sampai la sebelum tido malam pon nak tweet jugak "Ngantuk sudah. Esok klas awal pagi. bye.." HUH!! Bak kata Pesa "Orang yg aktif twitter ni dia kurang kasih sayang sebenarnya". Aku pulak balas "Orang yang aktif berinstagram ni pulak diorang nakkan publisiti je". 

Dah cukup! Kita bukan nak berdiskusi tentang Twitter, tapi topik kita adalah Mukabuku!



Kita duk marah hentam Mukabuku je kan. Cer kita tengok pulak kebaikan dia. Salah satu kebaikan dia adalah, Sharing Information. Contoh, pensyarah SMS ketua kelas kau yang dia cancel kelas untuk esok. Takkan ketua kelas kau nak forward mesej tu kat 100 org classmate kau. Pokai la dia. Jadi the way is he share the information in the Mukabuku group. Zaman sekarang semua dah ada akaun Mukabuku. 1 : 100 adalah ratio manusia takde akaun Mukabuku kepada ada akaun Mukabuku. Contohnya lagi, pensyarah korang takleh access dia punya Mylearn so beliau tak boleh nak upload nota kuliah walhal test tak lama dah. Jadi takkan beliau nak nak emel nota kuliah tu kat 100 orang? kesian la beliau. Pensyarah kita tuuuu.. So, beliau akan emel kat ketua kelas then ketua kelas upload kat group Mukabuku. Senang kan? Okay. Cukup 2 contoh je untuk point ni.

Kebaikan yang lain ialah Mengeratkan Silaturrahim. Let say korang dah habis sekolah. Dah tak jumpa dah cikgu2 yang pernah mengajar korang. Jadi dengan adanya Mukabuku anytime je korang boleh tanya khabar cikgu2 tu sume. Senangkan?


Malas la wei nak pikir pastu taip panjang-panjang. Aku stay up sampai pagi ni pun sebab esok pukul 6 pagi kena berkumpul kat kompleks sukan untuk Program IM4U Volunteer Malaysia. Sebabnye aku ni kalau tido memang cepat lena dan susah nak bangun.

Tak lama lagi. Tiga tahun lagi turn aku pulak

Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-12















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Life in Kolej MARA Kulim

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus