Pengembaraan Baru

Esok hari selasa maka akan bermula la pengembaraan baru di tempat baru dengan suasana baru. Tapi tak tau la kenapa aku ni macam takde semangat je. Barang-barang pon banyak lagi tak kemas.

Esok dengan rasminya aku akan bergelar Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Perikanan di Universiti Malaysia Terengganu. Tak penah terpikir pon aku akan jd student kat umt. Biasa lalu je depan umt tu. Dahla dekat ngan umah.. hahahaha..

Alhamdulillah. Daripada apa yang au tahu, kawan-kawan aku especially classmates MKPM G Kolej Mara Kulim semua dapat tempat kat university. Ada yg dpt skali ngan aku, UMK, USM, UKM, UM, UPM, UITM, UNIMAP, USIM dan UNIKL.

Rasa macam sekejap sangat duk matrik dulu. Mungkin banyak sgt kenangan kat matrik dulu yang buat aku rasa macam tak semangat je nak masuk u esok. Dapat pulak asrama tingkat tiga. Good news, aku sebilik ngan amalina, kawan satu matrik dlu. Dia kos sains kimia.

Satu yang aku suka UMT ni adalah sbb dekat ngan pantai. Aku tak suka mandi pantai tp kalo kat pulau suka la sbb airnye jernihh. Hahaha..

Harap-harapnya semua berjalan lancar esok. Cepat selesai cepat masuk bilik cepat rehat. Dan yang paling penting, CEPAT HABIS ORIENTASI. Taktau kenapa aku tak suka orientasi. Maybe sbb terlalu mengejar masa kot. Never mind lah.

Comments

Popular posts from this blog

New Life in Kolej MARA Kulim

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus