New Student | MJM SARJANA MUDA UMT 2014/2015 (part 1)

Saat entry ini ditulis, jam di henfon menunjukkan 5.18AM. Well, minggu pertama di universiti of course la akan bangun awal. Percayalah kau tido selewat mane pon pasti akan tersedar awal. Cakap banyak tak guna kan. So jom kita ke misi utama entry ini. Ni nak cerita sikit pasal hari pertama, kedua dan hari terakhir MJM ni.

HARI PERTAMA

Bertolak dari rumah jam 9 pagi. Pastu dalam jam 11 sampai kat bandaraya KT. Pegi pejabat yayasan terengganu dulu untuk hantar borang dan ambik duit. Pastu pegi pantai batu burok sementara menanti zohor. Pastu solat zohor kat masjid unisza. Lepas solat terus pegi daftar. Okay. Bab daftar ni suka sangat sbb berjalan lancar. Tak sampai 5 minit rasanya. Tapi macam menipu sangat 5 minit tu kan. Okay, assume 10 minit. Sebelum masuk DSM utk daftar, terjumpa pulak si Fitri. Okay. Lupakan Fitri. Ayuh kembali ke fokus utama. Masa daftar tu dia bg satu beg UMT. Dlm beg tu ada tshirt MJM yg sangat comel. Putih, purple, merah. Awwww! Pastu ada tuala kuning UMT dan jadual MJM. Dan jugak sebotol air mineral UMT.

Jom kita ke asrama. Okay. Aku tak berapa suka nak elaborate pasal asrama ni. Disebabkan hal ni la aku hilang semangat masuk u. Nanti dengan kau2 hilang semangat nak masuk u. Nak tau jugak google search blog orang lain. Okay. Nak tunggu van angkut lambat sangat jadi ayah bwk kereta ke kawasan asrama tp keta tak boleh masuk. Boleh parking sampai depan masjid dlm pembinaan je. So berangkutlah kami anak beranak. Jauh gila kot berjalan. Kesian mak ngan ayah *nangesss*. Dalam kul 4 mak ayah blk. Tinggal aku sorang2. Nasib baik salah seorang roommate aku adalah kawan aku kat matrik kulim dulu, Amalinaaaaa... hahaha..

Dalam kul 5 ptg kami sume kena berkumpul kat area kolej siswa gak dengn pakai tshirt mjm putih merah ungu tu. Dia asing ikot pusat pengajian. Mcm aku, PPSPA (Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akualkultur). Aku kos sains gunaan perikanan. Okay. Tiba masa senior aka fasi perkenalkan diri. Aku tak ingat nama2 diorang. Yg aku ingat just abang Tony sbb dia paling meriah. Orang Sibu Sarawak. Haha. Jadi petang tu kerja kami belajar cheer song utk fakulti kami. Mcm2 song yg diajar. Ingat tak ingat je. Pastu makan malam. Emmm sedapp. Tp kena basuh sendiri. Pandai makan pandai la basuh kan.
Pastu naik blk dan solat. Lepas tu turun balik utk LDK.

Yang LDK ni taktau nak cakap best ke tak sbb ada masa aku ketawa ada masa aku panggung kepala. Kakak fasi yg handle group aku adalah kak ina dan abg mustaqim. Dua2 kos perikanan. Kerja kami mlm tu main jeee. Pastu kak ina dan abg mustaqim cerita sikit2 pengalaman diorang awal2 dulu. Pastu dlm 10.30mlm berkumpul dlm kumpulan pusat pengajian balik. Lepas tu adalah taklimat sikit dan dalam kul 11mlm baru kami boleh balik bilik. Serius letih. Tolong sediakan air minuman bergelen2 okayy. Ohya! Ada supper tau. Time MJM ni jelah boleh mkn sedap dan banyak sebab FREE! Hahahaha. Pastu balik bilik mandi solat berbual dan tidur.

Comments

  1. Kak.. umt ada survival tu kan? Semua wajib pegi ke? And survival tu ada aktiviti apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dan wajib pegi. Antara aktiviti dia water confident, hiking, snorkeling, ldk, kayak.. Tuu jelaa..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Life in Kolej MARA Kulim

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus