SEMESTER 3 : FIELDWORK DI PULAU BIDONG

Assalamualaikum..
Hola peeps!

Lama dah aku tak mengemas blog ni. malam ni diberi sedikit masa untuk mengemaskini blog ni. 
sebenarnya aku baru balik dari Pulau Bidong semalam. Lima hari kat sana. bukan pegi melancong okayy. Pulau Bidong bukan untuk melancong tapi merupakan pulau penyelidikan milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT). jadi, kalo adik-adik diterima masuk ke UMT dan dapat jurusan berkait dengan bidang marin macam Perikanan, Sains Marin, Biologi Marin, Akuakultur, Sains Samudera, Nautika adn so on, maka peluang adik-adik untuk meluangkan sedikit masa di Pulau Bidong adalah tinggi. 

Macam aku jugak. aku student degree perikanan. sekarang baru masuk semester tiga. setakat ni dah dua kali pegi "have so much fun" kat Bidong tu. Kali pertama pegi masa semester dua untuk sampling subjek Fisheries Oceanography and Tourism Fisheries. kali dua pegi yg sem tiga ni. trip kali ni paling lama duduk kat bidong tu. kitorang pegi sampling untuk dua subjek jugak iaitu Teknik Eksploitasi Sumber Akuatik dan Iktiologi (Biologi ikan). dan trip kali ni banyak main dengan ikan. 

meh nak cerita sikit aktiviti kitorang selama 5 hari kat sana ( aktiviti group aku je. lagi 5 group takmo cerita)..

Hari Pertama

12 pm  : Group 1,2,3,4 bertolak ke Pulau Bidong dari Jeti Pulau Bidong.
2 pm    : Group 5,6 bertolak ke Pulau Bidong dri Jeti Merang
8 pm    : Taklimat oleh Dr Seah 

Hari Kedua 

8 am.

Group 5&6 buat aktiviti pukat tunda. yang ni sumpah best. 

 30 minit bertolak ke kawasan berdekatan Pulau Yu (menurut Encik Manaf). pastu encik-encik kat atas bot pukat tunda ( bot milik UMT) tu turunkan pukat tunda. pastu kena tunda selama dua jam. kitorang buat tunda dasar atau dalam bahasa inggeris disebut sebagai "bottom trawling". pastu dalam pukul 11 gitu pakcik2 tu pun tarik la pukat tunda tu naik atas. paling sadis group aku takde ahli lelaki langsung. yang group 6 tu pulak tiga je lelaki. untuk aktiviti ni diakui memang amai terkujur layu di ruangan dek depan bot gara-gara mabuk laut. aku pulak dari bot start gerak dari pulau bidong sampai la bot balik ke pulau bidong aku stay je kat area "u jump i jump" tu untuk elak mabuk. 

pastu sampai pulau bidong balik dalam pkul 12 tgh hari. disebabkan ahli group kami majoriti mabuk jadi Dr Seah bagi rehat 30 minit. dan disebabkan ada beberaa student tak pergi buat pukat tunda maka Dr mintak diorang sorting ikan yang kami bawak balik. pastu masing bekerjasama asingkan ikan kepada spesies dan seterusnya proses tagging dan seterusnya ambik gambar dan last sekali identification ikan2 tersebut. disebabkan kami group pertama jadi gak kelam kabut nak buat benda semua dan ditakdirkan kami siap semua kerja untuk pukat tunda pada pukul 6 petang. sebanyak lebih 60 family ikan kami dapat identify. 

masa yang diperuntukan unutk aktiviti pukat tunda ialah dari pagi sampai petang.

8 pm.

malam tu pukat kami semua dibahagikan kepada kumpulan kecildalam 4-6 orang satu sub group.
kami diberi 4 ekor ikan berlainan spesies. first thing kena label external morphology and second kena ukur parameter ikan. sekor ikan 38 parameter kena ukur, 38 darab 4 sama dengan? humm,,banyak kann.,, lasty kena bedah ikan-ikan tersebut dan ambik gambar untuk label internal organ,
ni la tempat "u jump i jump" tu. 

pukat tunda

hasil pukat tunda

antara ikan  hasil pukat tunda yang telah diasingkan mengikut spesies berdasarkan FLEMMS.

ni organ dalaman ikan ye anak-anak.

Hari Ketiga

8 am.

aktiviti pertama kami adalah snorkeling. actually taknak snorkeling pun. nak masuk blk tido tapi malangnya Dr arahkan kami supaya wajib turun snorkeling. kena buat report katanya. serius underwater bidong agak cantik. banyak sangat Tridacna gigas kaler biru.. cantik sangattt..

2 pm.

aktiviti kedua untuk hari ketiga adalah memancinggg kat stesen. sumpah stress. aku tak dapat ikan pun waima sekor.

8 pm.

buat aktiviti macam hari kedua tu, yang ukur parameter apa sume tu cuma bezanya malam hari ketiga kami cuma diberi tiga ekor ikan berlainan spesies je. syukurr, yang ni sempat je siap sbb dah pro. hahahaha

Hari Keempat 

8 am.

aktivti pertama adalah memancing kat tengah laut. lupa dah apa nama tempat tu.. yang best. pegi memancing naik bot besar and memancin kat tengah lautan. agak ramai jugak yang kecundang sbb bot dimatikan enjin dan terumbang ambing dipukul ombak. first time jugak aku memancing dan dapatlah ikan kerapu sekor and ikan kerisi 4 ekor. kira bagus la kan bagi pemancing wanita amaturrrr.. lepas dapat ikan kelima aku surrender. pening tahap maksima. tangan terketar-ketar pastu muka berpeluh seram sejuk sebab terlampau pening..

salah sekor kerapu tu hasil penat lelah aku okayy

2 pm.

Pukattt hnayuttt.. tu aktiviti kedua. sama macam pukat tunda, kena naik bot pegi tengah laut then encik bot akan turunkan pukat hanyut, biarkan hanyut selama sejam.. pastu angkat... tapi malangnya tak dpt banyak ikan.. pastu egi angkat Bubuuu,, ada dua bubu kesemuanya. banyak jugak la ikan hasil daripada bubu berbanding pukat hanyut, kali ni semua tak mabuk.  alhamdulillah..

yang ni hasil pukat hanyut dan bubu.

8 am.

malam last ni Dr kasi waktu bersendiri. hahaha.. lepas makan malam ada encik lab  bukak filem hindustan tajuk mohabbatein (x reti eja) hahaha. tengok dalam gelap. syiokk weii tengok ramai-ramai. nasib baik kat ade projector. 

Hari Kelima

lepas gotong royong bersihkan pulau kami pun beransur pulang... alhamduillah selesai kerja lapangan kami. lab report pulak menunggu kat daratan nanti. doakan kami tabah..


meh nak payung gambar sikit

happy snorkeling

pantai yang tenang

laut yang tenang

syiokk wei duk bidong. berteduh bawah pokok sambil hirup udara segar


yang baju purple tu la Dr Seah. baik bak hangg. baju oren Encik Manaf. tengah2 tu encik Sharul

and yang adalah kesayangan hambaaa..



muka control je tuu. tak mabuk punn



atas kapal pukat tunda

gambar memancing takde sebab semua mabuk laut tak larat nak tangkap gambar. hahahaha

sekian.




Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT