Field Trip : PULAU BIDONG

Assalamualaikum and Good Evening peeps! entry kali ni macam biasa berkisarkan tentang aktiviti aktiviti student Sarjana Muda Sains Gunaan Perikanan UMT. Kali ni nak cerita tentang field trip ketiga kami ke PULAU BIDONG. Yang pertama masa sem satu kitorg pegi Setiu Wetland ( field trip Setiu Wetland ) under subjek Prinsip Sains Perikanan part Dr Rauhan . Yang kedua pegi LKIM Tok Bali jugak under subjek yang sama tapi part Dr Ulfah. Untuk trip ke bidong kali ni under dua subjek sekaligus. iaitu under subjek Perikanan Pelancongan and subjek Oseanografi Perikanan. plan asal sepatutnya kami bertolak pada hari Khamis tetapi last minute Dr Hii postpone ke pagi Jumaat memandangkan petang Khamis ombak sedikit bergelora. Konklusinya kami pun bertolak lah pada pagi Jumaat. memang betul betul PAGI. Matahari tak nampak muka lagi dah kena ada dalam bas. Kitorang naik bot dekat jeti Merang memandangkan dari UMT ke jeti tu ambik masa dalam 20 minit je pastu dari j...