UMT | SEMESTER 2 2014/2015


Assalamualaikum.
Hi peeps!

Hari  ni hari Khamis. Hari last untuk minggu pertama semester 2. Ni nak ceghita sikit betapa 
bestnya minggu pertama ni. Pasaipa best? Of course la sebab kelas banyak yang cancel tambah lagi
pratikal makmal start minggu ketiga.

Ada la satu dua berita gembira untuk sem 2 ni. Antaranya untuk subjek SP3353 Perikanan Pelancongan pensyarah yang comel pagi tadi bagitau yang takkan ada lab untuk subjek ni walaupun ada dalam jadual ada lab sebabnya lab akan digantikan dengan dua lawatan lapangan aka field trip. Excited la jugak bila doktor bagitau camtu. iyelah sape je yang tak suka field trip. baik pegi field trip daripada mereput dalam lab tu.

Untuk subjek SP3333 Oseanografi Perikanan pun doktor bagitau akan ada field trip jugak 
maybe tiga hari dua malam. Maybe ke Bidong. Excited pulak sebab tak pernah sampai lagi ke Bidong even dah berkali-kali pegi Redang. 

kat depan tu Pulau Redang.
gambar ni diambil dari Pulau Pinang ( Redang Marine Park )

Taman Laut Redang. cantik tak ?



Eh terkeluar dari topik pulak.

Overall kalau ikut skema program sem 2 kena daftar lapan subjek. 

ni subjek yang dah terdaftar untuk semester 2


timetable simpanan. hahahaha

taktau la betul ke tak. hahah

Jadi anak-anak sekalian, jangan segan-segan jangan malu-malu jangan taku-takut untuk letakkan SARJANA MUDA SAINS GUNAAN PERIKANAN sebagai salah satu pilihan anda dalam borang UPU tu. UMT je tau tawarkan course ni. 
Dahlaa best menarik pulak tu. lecturer yang mengajar pun baik jee takde yang garang. 

Satu lagi nasihat, nanti keluar result UPU dan ditakdirkan bila adik dapat course GG10 UMT jangan menangis meraung. Akak dulu dulu pun berbelah bahagi nak gi mendaftar. Percayalah adik akan dapat adapt dengan course. Minat boleh dipupuk walaupun secebis. 

Seriously tak tipu perikanan adalah salah satu bidang yang best untuk dipelajari. Menurut pensyarah akak *dont trust your own lecturer*, bidang perikanan di Indonesia, Vietnam lebih maju berbanding Malaysia. Jadi kita sebagai manusia jika diberi tawaran untuk mempelajari bidang Perikanan ni seharusnya bersyukur dan berbangga kerana kita adalah antara insan terpilih untuk memajukan lagi industri Perikanan di Malaysia. 

Bukan nak kata bidang perikanan Malaysia tak maju tapi adik-adik perhatikan sendiri. Nelayan kita hanya mampu menangkap ikan di persisiran pantai. Jarang nelayan Malaysia yang mampu menangkap ikan di lautan dalam kerana kurangnya pengetahuan dalam teknologi terkini.
Jadi kita sebagai pelajar perikanan boleh menyumbang kearah kemajuan peningkatan taraf hidup nelayan dengan cara belajar bersungguh-sungguh supaya di masa akan datang kita juga mampu menghasilkan teknologi terkini berkaitan bidang perikanan contohnya teknologi terkini penangkapan ikan yang mampu menjaga ekosistem bukan untuk memusnahkannya. Dalam masa yang sama, nelayan di Malaysia juga akan sama tarafnya dengan nelayan-nelayan di negara maju. 

bukan nak kata student perikanan lepas grad kena turun kerja kat laut tangkap ikan. Banyak peluang pekerjaan untuk graduan perikanan ni. Nanti bila adik jadi pelajar perikanan adik taulaa. Nak jadi researcher pun boleh. Nak jadi Pensyarah pun boleh. Nak jadi orang bisnes pun boleh. Kerja dengan syarikat oil and gas pun boleh sebab kita bukan belajar pasal ikan je setiap sem. Kualiti air pun kita belajar.. banyak ahh. 

melalut pulak dahh

nak tau silibus tekaaaaannnn siiiiniiii











Comments

Popular posts from this blog

New Life in Kolej MARA Kulim

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Cerpen : Air Yang Dicincang Takkan Putus