Done with Semester 1 | Bachelor of Applied Science in Fisheries | UMT

Assalamualaikum 

Hi peeps!

Tepat jam 11 pagi tadi dengan rasminya berakhirlah semester satu tahun satu pengajian aku
 dalam bidang perikanan ni. Bidang yang langsung tak pernah terpikir untuk aku pelajari.

Kertas terakhir tadi adalah Prinsip Sains Perikanan. Beberapa hari before exam tu punyalah 
malas nak study. Macam berpuaka pulak subjek ni. Gila malass. Satu hari tu boleh kira berapa minit je hadap nota. Gap untuk subjek ni ada tiga hari. 

Kertas pertama adalah subjek Kaedah dan Intrumentasi Akuatik. Salah satu subjek yang aku kurang minat tp lab dia best walau kadang-kadang boring time nak tunggu result eksperimen. Alhamdulillah overall paper ni boleh jawab walau ada yang tersekat-sekat. hihihihi. Subjek ni bagi aku ibarat pengenalan kepada alat-alat makmal yang biasa digunakan dalam memeriksa kualiti air. Aku pon dah lupa apa nama alat-alat tuh. Spectrophometer je ingat. 

Kertas kedua adalah Mikrobiologi Persekitaran Akuatik. Ya aku mengaku subjek ni antara yang paling boring bagi yang takde asas biologi dan yang tak minat biologi macam aku. Tapi disebabkan semua pensyarah yang mengajar best-best belaka so automatik subjek ni jadi best. Banyak nak kena hafal macam bio jugak. tp subjek ni more to aquatic microorganisms. Korang akan belajar tentang bacteria, protist, archaea, viruses and macam-macam lagi la. Paper aku down sikit :(

Kertas ketiga adalah Pemprosesan Produk Akuatik. Tak dapat disangkal lagi subjek ni paling best! Senang ke? Subjek ni tak senang dan tak mudah dan tak susah. Paling best sebab practical lab for this subject is COOKING ! Macam-macam yang korang akan masak dalam lab untuk subjek ni. Antaranya buat ikan pekasam, keropok lekor, burger ikan, bebola ikan, fish n chip, kamaboko, surimi and ada la dua tiga lagi. Tapi malangnya batch aku tak sempat buat lab surimi sebab kekangan masa. Surimi ni sejenis isi ikan yang takde bau ikan dan berwarna putih dan melalui beberapa proses penting untuk menjadi surimi yang sejati. fish ball and kamaboko antara produk perikanan yang menggunakan surimi sebagai bahan utama. Otoshimi pulak isi ikan yang tak dibasuh dan tak melalui beberapa proses rumit sepertimana surimi. Otoshimi still ada bau-bau ikan yang ermmm.. keropok lekor and burger ikan antara produk perikanan yang menggunakan otoshimi sebagai bahan utama. Pekasam and fish n chip guna ikan freshhh.. Para pensyarah yang mengajar subjek ni pon  baik, cantik, cute, tak garang and awesome ! Overall paper ni paling banyak soalan yang aku boleh jawab. hihihihihi..

Oh yaa.. Semua nota pensyarah dalam bahasa inggeris tauu.. Pensyarah pon mengajar dalam bahasa inggeris. Okay letih nak menaip.. nahh beberapa keping gambar untuk tatapan.

Second paper. Seat belakang sekali !

Last payyper hoii! Ficos_UMT

Ini first paper. 

Slip exam akuu

Last paperr!

Benda alah ni masuk exam and paling sadis aku tak baca pon just ambik gambar
 utk update status je. =(

Ni salah satu hasil lab Pemprosesan Produk Akuatik.
Burger Ikan! 

Buku pertama yang aku pinjam kat library and satu buku
aku baca sebab eksaited dengan ikan hihihi

Lab Mikrobiologi. Eksyen je tuu padahal semua medium tu dah terisi

Fish nugget! juga hasil daripada lab Pemprosesan. ini taktau group sape punya hihihi

Lab Instrumentasi ! 

The ingredients! Sebelum masuk lab pemprosesan make sure kuku potong
pendek-pendek and pakai lab coat yang bersih and bawak good morning towel!


Kalau bawak masuk fon dalam dewan exam sila off kan dan letak atas lantai. nak berposing ke berselfie ke tunggu semua kertas siap dikutip dulu.. hokayy..

Overall bagi aku kos perikanan ni best walau adakala rasa stress. 

cheers everybody !




Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT