TERHARU SANGAT

Terharuuu...

Bila kuliah biologi aku selalu tido. takpun pakai earphone. bila tutor biologi aku selalu tak siap tutorial. jangan penyelesaiannya of course la tiru kawan punye. tapi dia tak pernah marah. dia tak pernah tinggikan suara. dia senyum je. dia cakap lembut je. 

Suatu hari, dia cakap nak buat projek dengan kami. bila kami tanya projek apa, dia cakap adelaa. 
rupanya dia nak ajak kami ke rumahnya. bila ditanya ada majlis apa dia cakap adelaa.

Suatu petang di hari Jumaat, dia datang jemput kami. tiga kali dia ulang alik ke kolej untuk angkut kami.
bila sampai di rumahnya tengok takde orang pon. yang ada hanya lah isterinya, ibu dan bapa mertuanya, dan anak-anak lelakinya dua orang. sorang baby umur 2 bulan sorang lagi umur 4 tahun. 
Tak lama pastu datang la pulak adik iparnya bersama seorang gadis. cantik!. 

Rupa-rupanya dia nak buat bbq. khas untuk kami, mentee nya. hari tu dari petang sampai la malam kami duk bersuka ria kat rumahnya. Isterinya pun baik. peramah. mak mertuanya pun baik. peramah. sebelum balik siap peluk lagi kami, pelajar perempuan. 

Terharuu seyh! kami ni bukannya perform sangat subjek yang dia ajar. kami selalu 'syahidatuh' time kuliahnya. syahidatuh tu ketiduran maknanya. kadang-kadang hampir satu kelas terlena. 58 kepala atas meja. terdetik jugak rasa menyesal. tapi nak buat macam mana. mengantuk gila weh. takleh nak tahan. daripada aku berbual kosong baik la aku tidur. hihihi.

Terharu sebab walaupun kami tak perform sangat untuk subjek yang dia ajar tapi dia sanggup jamu kami makan. *aku makan 2 ketul ayam bakar. nak makan lagi maluuu.*. even dalam banyak-banyak subjek, biologi lah subjek paling tercorot sekali utk kelas kuliah kami. 

Sekarang aku dah insaf. cikgu tu buat baik ngan aku. takkan la aku tak nak bagi kejayaan untuk dia. sekarang aku dah tak pakai earphone dah masa kuliah bio. aku mencuba untuk fokus walau kadangkala aku tersyhidatuh. 

Serius, semua mentee cikgu tu tersentuh dengan apa yang dia buat untuk kami. katanya, "ermm nanti kita buat lagi camni". 

Thanks cikgu. Semoga terus diberkati olehNYA. 

Girls of G1. His mentees. a quarter of G CLASS. MKPM. Kolej MARA Kulim

ikhlas,
Iffah

Comments

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT