New Life in Kolej MARA Kulim

Assalamualaikum..
Lama aih tak menulis kat alam maya ni. Berhabuk dah blog ni. Malam ni baru ada peluang nak update blog yang maha ringkas ni. Bukan apa, lepas habis SPM dulu, aku duduk rumah jer. Mak ayah tak bagi kerja. *aku pun malas nak kerja sebenarnya* . Tambah-tambah pulak kat rumah aku dah takde internet. Streamyx dah kena potong oleh ayah tersayang dengan jayanya. 

Hari ni 21 Ramadhan dan bermakna dah 2 bulan lebih aku menjalani kehidupan yang berliku lagi berlencong-lencong di bumi Kedah Darul Aman ni. Aku budak sem 1 Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (MKPM) Kolej Mara Kulim. 

Meh sini nak citer sikit pasal Kolej MARA Kulim ni...
KMKm ni terletak di Jalan Junjong, Kulim. Berhadapan dengan Masjid Air Merah dan berhampiran juga dengan IPD Kulim. Berdekatan dengan Tesco Kulim, Kulim Landmark, Giant, The Store, Panggung wayang, senang citer dekat dengan semua fasiliti yang diperlukanlah..

Ada 4 jenis program yang dijalankan di KMKm ni termasuklah program MKPM. Ada program Persediaan USM, Program Persediaan Keusahawanan Sains UMK, dan jugak Program Asasi Sains dan Teknologi UniKL. Senang kata kolej ni hanya handle program sains je.

Bagi aku yang dah 2 bulan hidup kat sini, boleh dikatakan best la jugak duk sini. Sebab kat sini semua terjaga. Makan pun free. *kolej MARA only. Tapi elaun MARA bagi sikit jela. RM100 permonth. *elaun aku pun tak masuk lagi.  Sekali korang masuk sini memang terkejut. "eh!, ni kolej ke sekolah?". This college is used to be a MJSC Kulim long time ago. Dan kolej ni antara kolej MARA tertua kot. Asrama pun masih guna sistem dorm yang mana dibahagikan kiub. satu kiub 2 orang. Para pensyarahnya pun bagus2. Yang bestnye dekat sini adalah kapasiti pelajarnya. Tak ramai dan tak kurang. 

Jadual aku pun berubah sama sekali sejak duk kat sini. Mana taknye, pukul 7.30 pagi dah kena turun ke dewan besar untuk bacaan al-mathurat sebelum start kuliah/kelas/lab sampai la kul 4.30 ptg. Homework pun boleh tahan banyak tau. Tak kuat iman kalah la kau. Kat asrama pun lengkap dengan wifi. 

*lusa kitorang budak MKPM dah nak balik raya! ;)* #lepas raya ada ups#

Bagi sesape yang nak masuk matrik, fikirlah berkali sebelum membuat keputusan muktamad. dan jangan kata yang matrik ni tempat buangan bagi yang tak dapat sambung study kat U. Salah pemikiran tu dik oi!. Aku dapat kos dip teknologi makmal perubatan uitm tapi aku pilih matrik kerana sebab2 tertentu. Memang la kalau sambung diploma lebih relax sbb tempohnya lama dan kelasnya pun takla sepadat matrik. Tapi korang kena ingat, yang mudah tak semestinya mudah dan yang susah tak semestinya susah. 

Esok aku ada trial chemist. Better aku stop dulu dari melalut-lalut tak tentu pasal ni. Salam..
*anything just enmel jer aku. Tak pun just tinggalkan komen kat bawah. insyaALLAH aku balas. :)

Comments

  1. salam..saya baru dpt surat offer dari unikl.dpt foundation science
    nak tnya,sblum msuk sana ada interview ye?
    dan knape sy baca bunyinya mcm kta duduk dkt asrama ek?makanan free smua tu? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh samaa, saya dpt unikl foundation science gak :)

      Delete
  2. anonymous sekalian, a big sorry to you guys. lama gegilerr sy tak bukak blog.harapnya persoalan anda sudah terjawab ;D

    ReplyDelete
  3. Foundation in science and technology ni menjurus kpd ape yer? Pluang pkerjaan nya plk bgaimana? Klau nk smbung degree kt unikl blh ke dlm bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually program tu same je mcm matrik. bezanya ia under unikl. habis foundation terus diserap ke unikl... mostly student fist unikl sambung belajar kat mestech, micet, miat and etc.

      Delete
    2. Salam. Foundation in Science and Technolgy ni ada dua,1)asasi sains fizikal(drop biolgy) and 2) asasi sains hayat (drop fizik). Bgi yg pertama tu,course tu ada disediakan di bwh program UniKL di Kolej MARA Kuala Nerang dan Kolej MARA Kulim. Bagi program ni,subjek biologi dikecualikan. Student ada peluang yg sngt cerah untuk ke oversea jika pointer exam final 3.5 ke atas. Pelajar juga dpt mengambil pure engineering atau technology engineering. Pendek kata hampir semua intitusi UniKL di Malaysia ini layak dipohon oleh pelajar asasi kejuruteraan ini seperti MIAT,MFI,MSI dan sebgainya. Namun,mereka tidak layak untuk memohon kursus berkaitan dgn perubatan seperti medic,pharmacist,phisiology,forensic dan sebagainya. Bagi pelajar jurusan asasi sains hayat pula,kursus ini hnya ditwarkan di bwh UniKL di Kolej MARA Kulim sahaja. Pelajar tidak akn mengambil subjek fizik bgi kursus ini. Pelajar kursus ini tidak layak memohon kursus yg berkaitan dgn pure engineering seperti aviation,mechanical atau civil. Namun pelajar jurusan ini layak memohon untuk kursus yg berkaitan dgn technology engineering seperti software engineering,chemical engineering technology dan kursus2 yg berkitan dgn technology engineering yg lain. Pilihan mereka sedikit terhad berbanding dgn pelajar jurusan sains fizikal namun mereka layak memohon untuk kursus kedoktoran atau medic dan juga kursus2 perubatan yg lain seperti phamacist dan sebagainya. Namun,memandangkan kursus2 ini adalah kursus yg plg digemari dlm kalangan pelajar pintar maka MARA mengehadkan permohonan dgn memberikan jumlah kuota yg ketat utk setiap kemasukan ke medic dan pharmacist khususnya. Jika anda berniat untuk menyambung pelajaran di UniKL dlm jurusan sains dgn niat utk mengambil kursus lain seperti medical lab,phisiology atau forensic,adalah amat digalakkan namun jika target anda adalah utk kursus yg sngt popular seperti medic dan pharmacist,peluang anda adlh 40-60. Jika kuota y ditetapkan pd thn trsebut bgi pelajar jurusan sains adlh tinggi seperti 50-60 pelajar maka peluang anda adlh cerah,itu adalah kuota utk kursus pharmacist bgi kursus medic adlh sngt2 tipis,krn MARA akn mendahulukan pelajar cemerlang yg mndpt biasiswa MARA kmudian brulah mereka akn meneliti pelajar jurusan sains dri UniKL. Anda juga akn ditemu duga jikalau memohon untuk dua kursus popular itu iaitu medic an pharmacist.Untuk pengetahuan,UniKL tidak menawarkan kursus dlm bidang pergigian. Namun nasihat saya,ramai sahaja student UniKL dri jurusan sains dpt melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Unikl RCMP dan ada juga yg mnymbng medic ke india walaupun persaingan sengit dgn pelajar di bwh biasiswa MARA. Begitu juga dgn pharmacist. Rezeki itu sudah Allah takdirkan jadi pilihlah yg terbaik utk masa depan.

      Delete
  4. baju kurung adalah baju rasmi.. mcm warna baju pengawas tu boleh ke?? hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. utk program2 rasmi kolej biasanya student kena pakai baju rasmi kolej which is baju kurung kaler biru tp bukan mcm baju pengawas sekolah. itu muda sangat. kalo boleh macam kaler bendera umno. biru gelapp. and tudung plain. tp biasanya student ni diorg rembat je tudung pape pon.

      Delete
  5. sama laa sy dapat dip sains math uitm tapi pilih nk masuk matrik di km kulim tahun ni insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai anonymous, selamat datang ke Kolej MARA Kulim. tak rugi masuk sini. dari segi rohani InsyaAllah kamu akan sentiasa 'gain knowledge' sebab kat KMKU ada kelas fardu ain untuk lelaki dan wanita dan kelas fardu ain khas untuk wanita sahaja. jangan ponteng fardu ain nanti rugi

      Delete
  6. saya dapat under tajaan mara untuk program sastera ikhtisas. adakah saya akan belajar sastera mahupun menjurus kepada sains. saya dengar program yang saya ditawarkan ini persediaan untuk USM? mohon beri sedikit penjelasan. terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Cek nak tnya, baju melayu biru tu ada juap kt koperasi kah? Cek bukan apa, dok pening pikir nak csri kt ceruk mana baju melayu biru tu kang salah beli!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat koop takdak jual baju bang. boleh cuba cari kat kedai kain. kalo takde baju melayu kaler biru yg mcm kolej nak mungkin boleh beli kain ela pastu jahit buat baju melayu. haaa senang takyah pikir nak cari kat mana baju melayu biru tuu

      Delete
  8. saya nak tanya, saya dapat offer foundation sc and technology. ia pembelajaran berkaitan apa? peluang pekerjaan bagaimana? dan anggaran kos yuran dan sebagai untuk satu semester ? terima kasih :)

    ReplyDelete
  9. saya nak tanya, saya dapat offer foundation sc and technology. ia pembelajaran berkaitan apa? peluang pekerjaan bagaimana? dan anggaran kos yuran dan sebagai untuk satu semester ? terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. pembelajaran lebih kurang matrikulasi. ade subjek matematik, biology/physics/dua2, chemistry. tu yg basic. yang lain2 saya kurang pasti sbb saya dari matrikulasi. lepas abis foundation korang akan diserap ke mane2 kampus unikl ikot kpd pilihan korang rasanya... foundation in sc n technology tu mcm matrikulasi la.. sijil tak laku utk mintak keje. laku untuk mohon degree je. insyaALLAH rezeki kat mana2. apa yang penting, belajar rajin2. unutk yuran rasanya dalam surat tawaran dia dah bgtau rasanya.

    ReplyDelete
  11. Salam kak, saya pun dapat Fist unikl di kmk. Kalau pointer 3.50 and above ada chance ke nak study abroad? :)

    ReplyDelete
  12. Wasalam dik... maaf yer bab tu akak tak boleh nak komen...

    ReplyDelete
  13. Akak kalau foundation dkt unikl mmg pakai baju kurung kasut hitam ke

    ReplyDelete
  14. Akak kalau foundation dkt unikl mmg pakai baju kurung kasut hitam ke

    ReplyDelete
  15. tak semestinya.. boleh je kasut kaler ape pon asalkan bertutup.

    ReplyDelete
  16. assalam kak..nak tanya..kmkulim ni ada 5 program under dia kan..tapi yg mana satu yg menjurus ke arah medic? mohon penjelasan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually semua program boleh masuk ke medik. Kalo fist unikl, ada peluang sambung medik ke unikl rcmp, kalo matrikulasi boleh sambung medik ke mana2 ipta, kalo ppks umk boleh sambung veterinary di umk dan kalo pra usm boleh sambung medik di usm. Tak silap saya ada program pra usm yang mengfokuskan ke arah persediaan medik ke india. Sekarang saya tak pasti program tersebut masih available atau tidak.

      Delete
  17. As salam akak. Dekat kmk ni boleh bawak iron tak? Dalam buku panduan pendaftaran takde cakap pon pasal iron sama ada boleh bawak ke tak. Takut tak boleh bawak je.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum nak tanya kipas n seterika boleh bawak tak ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

UMT | DIPLOMA IN FISHERIES | SEMUA TENTANG PERIKANAN

Buku Baru dan Cabaran Baru

Bestnya study kat UMT