Semester 5 | Mencabar Mental dan Fizikal

Assalamualaikum and hai gais! Hari ini seperti yang dijanjikan, aku akan cerita pasal semester 5 pulak. Perlu diingtakan lagi sekali, pengalaman kita mungkin berbeza kerana batch aku antara batch yang teristimewa di UMT. kenapa istimewa? Bab kenapa istimewa tu rasanya perlu diceritakan di perenggan lain. Ayuh kita... Kenapa istimewa? kerana batch kami adalah batch pertama yang merasai sistem LULUS/GAGAL. Maknanya, kau belajar satu subjek tu bagai nak rak selama satu semester, at the end kat slip keputusan peperiksaan hanya LULUS/GAGAL yang dinyatakan. Tapi tu hanyalah untuk subjek Teras Universiti dan Elektif Universiti sahaja. Namun, bermula semester 3 sistem kembali kepada yang asal dimana semua subjek dikira gred dan mata nilaian. Selain itu, batch kami boleh dikatakan istimewa juga kerana batch kami adalah batch yang terakhir menggunakan 'UK' untuk nombor matrik pelajar. Batch selepas itu start dengan 'S'. Oleh itu korang kalo terbaca entri lama aku dan ada...